Harakahdaily,16 Mac 2012
KUALA LUMPUR : Semakan Harakahdaily dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumakan, Tan Sri Khalid Ibrahim tetap boleh bertanding di Selangor jika alamat kad pengenalannya di Selangor.
"Dia tidak semestinya menjadi pengundi berdaftar di Selangor, cukup kalau alamat dalam kad pengenalannya di Selangor," kata pegawai SPR berkenaan.
Harakahdaily sebelum ini melaporkan, sesaorang yang hendak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dalam sesuatu negeri hendaklah berdaftar di negeri berkenaan.
Kesilapan adalah dikesali.