Utusan Malaysia – Sabtu, 16 Februari 2013
BULAN ini genap 108 tahun usia Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), institusi pendidikan
bersejarah yang melahirkan generasi cerdik pandai Melayu, daripada pembesar, pemimpin,
saintis, karyawan sehinggalah golongan teknokrat yang banyak berjasa ke arah pembentukan
Malaysia yang ada hari ini.
Selain menjadi simbol kejayaan dan kecemerlangan orang Melayu, MCKK sejak zaman
berzaman juga merakamkan 1,001 cerita jerih perih dan perjuangan generasi terdahulu dalam
membebaskan negara dari cengkaman penjajah.
Bak kata Bapa Kemerdekaan yang juga Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul
Rahman Putra AlHaj: “Masa depan orang Melayu bersandar pada kejayaan Kolej Melayu."
Malah, mungkin tidak ramai tahu bahawa hampir tiga per empat daripada mereka yang turut
serta dalam rundingan kemerdekaan di London pada 1956 adalah produk MCKK.
more here >>