HosMac (Hospital Machang) mampu berfungsi seperti biasa sepanjang waktu banjir? Jika bekalan air & api ada!
Seminggu kebelakangan ini kenderaan penuh sesak di bandar Machang, warga bandar & desa sekeliling Machang datang ke Machang untuk makan dan dapatkan keperluan, di setesen-minyak2 beratur, di mesin2 ATM beratur panjang (yang akan makan masa untuk pulih, saya dengar - dari seorang pegawai bank kerana mesin ATM tenggelam air), supermarket2 Machang dah kekeringan roti, gandum, telur, maggi kari, sardine / mackerel jenama bagus dari awal lagi...
Setahu saya MoH ada 3 tier hospital pakar di Kelantan
tier 1] Kota Bharu
tier 2] Kuala Krai (lumpuh terus, dengarnya - sedang odit stok obat sekarang, kerana setor obat tenggelam air?) Lihat gambar di bawah.
tier 3] Tanah Merah
Semuanya tidak boleh berfungsi (ke tahap sepatutnya)?
Tengok kepada keadaan, se-elok nya - secara kesimpulan logiknya, Machang, sebagai tempat selamat banjir, seharusnya ada 1 hospital pakar, siap dengan kelengkapan termasuk heli landing area yang boleh dijadikan tulang-belakang, ketika musibah seperti ini berlaku, kan?
Hospital Kuala Krai (HKK)
Hospital Machang (Hosmac)