WELCOME :: MAIN MENU MOVED TO THE BOTTOM OF THIS BLOG

SEARCH THIS BLOG

Sunday, January 16, 2011

Rosmah, isteri PM paling kontroversial?

Isteri PM memiliki pejabat First Lady of Malaysia di Putrajaya dengan peruntukan RM111 juta dalam Belanjawan 2011










PETALING JAYA: Malaysia dengan enam Perdana Menteri (PM) dan tujuh isteri Perdana Menteri semenjak PM pertama, isteri kepada PM terkini dianggap paling kerap diharungi kontroversi yang tidak putus-putus.

Jika era PM kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi diselar oleh seorang lagi bekas PM iaitu PM keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Najib Razak pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama.
Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan beliau sebagai isteri PM Malaysia apabila bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk beliau.
Memetik lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), edyesdotcom dan beberapa blog lain, Rosmah bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia (FLOM) Division.
Bahagian tersebut yang hanya ditubuhkan ketika era PM terkini itu, diketuai oleh Pegawai Khasnya Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod disamping lima lagi pegawai lain.
Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubah suai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan.



Wanita Pertama Negara

Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
FMT | 16 Jan 2010 - read full report