WELCOME :: MAIN MENU MOVED TO THE BOTTOM OF THIS BLOG

SEARCH THIS BLOG

Sunday, March 6, 2011

KENYATAAN AKHBAR MCOBA KELANTAN.

PERSATUAN BEKAS PELAJAR MCKK KELANTAN
(MCOBA KELANTAN)
D/A AKADEMI YAKIN SDN. BHD.
TINGKAT 2, KOMPLEKS YAKIN
JALAN GAJAH MATI 15000 KOTA BHARU
TEL: 09-7418971/72   FAX: 09-7418970   EMAIL: mcobakelantan@yahoo.com
                                                                  

MCOBA/KN/2011/01(03)
8hb Mac, 2011/3hb Rabiulakhir 1432.

KENYATAAN AKHBAR MCOBA KELANTAN
Per: Pertandingan Pidato dan Menulis Esei Bahasa Inggeris Piala MCOBA Kelantan, Peringkat Sekolah-Sekolah Kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

Persatuan Bekas Pelajar Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Cawangan Kelantan (MCOBA Kelantan) akan menganjurkan Pertandingan Pidato dan Menulis Esei Bahasa Inggeris Piala MCOBA Kelantan  Peringkat Sekolah-Sekolah dibawah Kelolaan Yayasan Islam Kelantan(YIK) bermula pertengahan bulan Mac ini.

Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk membantu memberi lebih pendedahan dan meningkatkan lagi pengunaan  Bahasa Inggeris  dikalangan pelajar-pelajar di negeri Kelantan, sebagai salah satu aktiviti khidmat kemasyarakatan(CRS) MCOBA Kelantan kepada masyarakat setempat.

Pilihan untuk mengadakan program ulung ini bersama dengan sekolah-sekolah dibawah kelolaan YIK adalah kerana ramai ahli-ahli persatuan ini mempunyai anak-anak yang bersekolah di sekolah-sekolah yang tersebut.

Sebagai permulaan, program ini akan dilaksanakan dikalangan enam (6) buah sekolah YIK yang terbaik dimana sekolah-sekolah tersebut akan mengadakan pertandingan masing-masing bagi memilih wakil-wakil untuk bertanding diperingkat akhir, yang dijadualkan berlansung pada pertengahan April ini di SMA Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu.

Kategori pertandingan dibahagi kepada dua (2) peringkat iaitu peringkat Tingkatan 1 hingga 3 dan Tingkatan 4 hingga 6. Tajuk-tajuk bagi acara pidato dan menulis esei di semua peringkat akan disediakan oleh pihak Persatuan dengan kerjasama wakil-wakil dari pihak YIK.

Semua kos yang terlibat termasuk perbelanjaan penganjuran dan hadiah-hadiah pemenang diperingkat pemilihan wakil sekolah dan peringkat akhir akan ditanggung oleh pihak Persatuan, dengan dibantu oleh penderma-penderma dikalangan bekas-bekas pelajar MCKK diKelantan dan beberapa syarikat tempatan.

Kami  amat yakin program yang akan dilaksanakan ini akan berjaya dan memberi banyak manfaat  kepada semua, khasnya pelajar-pelajar sekolah kelolaan YIK.

Kami juga bercadang program ini akan dijadikan sebagai acara tahunan dan akan dianjurkan dengan lebih besar lagi dimasa-masa akan datang dengan melibatkan lebih banyak lagi sekolah-sekolah, termasuk dari sekolah-sekolah dibawah Kementerian Pendidikan yang ada di negeri Kelantan ini.

MCOBA Kelantan juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengarah Yayasan Islam Kelantan diatas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Sekian, wassallam.


Yang benar,

……………………………
Dato Fuad bin Hasan,
Presiden,                             
MCOBA Kelantan.