WELCOME :: MAIN MENU MOVED TO THE BOTTOM OF THIS BLOG

SEARCH THIS BLOG

Wednesday, July 24, 2013

Saman AES: betul kah makluman ni?

Dari FB Kempen Anti Saman Ekor (KASE): MAKLUMAN

Oleh kerana masih ramai bertanya, kami sekali lagi ingin maklumkan bahawa sehingga hari ini semua prosiding Mahkamah berkaitan Saman AES masih ditangguhkan oleh Peguam Negara sejak 18 Disember 2012. Penangguhan prosiding bukan bermakna penangguhan perlaksanaan AES. AES masih dilaksanakan di 14 lokasi sejak 22 September 2012. Saman-Saman AES masih dikeluarkan kepada pesalah AES tetapi Saman2 tersebut tidak dibawa ke Mahkamah.

Akibat penangguhan prosiding Saman AES di Mahkamah, penerima2 Saman AES tidak perlu hadir ke Mahkamah pada tarikh yang dinyatakan di dalam saman. Buat masa ini penerima saman AES tidak perlu buat apa-apa jika menerima saman tersebut sehingga terdapat pengumuman baru daripada Pejabat peguam Negara atau Kementerian Pengangkutan.

Penerima Saman AES juga tidak perlu membayar tawaran kompaun RM300.00 yg diberikan di dalam Saman AES tersebut. Kegagalan untuk membayar kompaun RM300.00 tersebut tidak memberikan sebarang kesan perundangan kepada penerima saman samada disenaraihitam atau lain-lain.

Sekian, Harap Maklum.