WELCOME :: MAIN MENU MOVED TO THE BOTTOM OF THIS BLOG

SEARCH THIS BLOG

Wednesday, January 27, 2010

Himpunan 100 Ribu Royalti Minyak 28 Jan 2010.



Permit Polis Lulus Petang Ini - Gegar | Wednesday, 27 January 2010 3:30 PM


KUALA LUMPUR : Oleh Mohd Ali Bakri | "Himpunan 100,000 rakyat Kelantan yang bermula esok telah mendapat kelulusan daripada pihak polis," kata Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) Mohd Hisyamuddin Ghazali kepada erapakatan.com di sini, hari ini.


"Seluruh rakyat Kelantan dan masyarakat awam dijemput hadir. Alhamdulillah baru dapat permit polis. Jadi, program Himpunan 100 ribu rakyat Kelantan tuntut royalti minyak di negeri ini adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua dijemput hadir.


"Permit polis itu, kami terima pada 3:18 petang tadi di Ibupejabat Polis Daerah Kota Bharu," kata beliau.


Ekoran itu, tambah Mohd Hisyamuddin, Gegar telah menyusun beberapa program sebagai langkah persediaan menjelang esok.


"Kita ada ceramah malam esok, termasuk program solat hajat berjemaah dan ceramah oleh Tengku Razaleigh Hamzah," kata beliau.


Mohd Hisyamuddin berkata, himpunan tersebut boleh diikuti secara langsung melalui laman sesawang http://www.mykelantan.tv.


Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).