Salam Pencerahan!
“Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang Kafir menjadi wali (Pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, maka lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka…” (3:28)
Sebenarnya saya tidak benci mendengar Firman Allah ini. Tetapi saya begitu benci dengan segelintir para pembacanya.
Mereka selalu menjadikan ayat ini untuk menolak seorang pemimpin Kafir walaupun dikenali khalayak sebagai seorang yang adil.
Mereka selalu menjadikan ayat ini sebagai tiket halal melantik seorang pemimpin Melayu yang Islam pada namanya sahaja.
Inilah yang saya sedari dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Atas emosi dan kepentingan Melayu, seorang pemimpin PAS negeri itu sanggup menafikan hak seorang pemimpin Kafir yang layak untuk memangku CEO PKNS.
Sedangkan Tuhan sendiri mengarahkan Pesuruh-Nya menunaikan hak kepada pemegang kunci Kaabah yang Kafir disebabkan keadilan orang itu (4:58).
Kelmarin, saya mendapat tahu sekumpulan pemuda pula yang dipercayai dari PAS Kawasan Gombak pula beriya-iya mahu parti umat Islam itu keluar dari Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan Melayu,
Sesungguhnya ia adalah suatu kezaliman Muslim yang tidak Islam. Mujur rakyat yang Islam dan tidak Muslim menolak desakan itu secara massa.
Supaya adil menafsirkan ayat 28 dari Surah Ali Iimran seperti di atas, maka masyarakat sekarang perlu terlebih dahulu menjadi masyarat Nubuwwah (era Kenabian).
Pada zaman Nubuwwah, orang yang Muslim betul-betul adil, sedangkan orang yang Kafir atau lebih tepat disebut Musyrik pula betul-betul zalim.
Di zaman sekarang, orang Muslim di antara adil-zalim. Begitu juga orang kafir, di antara yang zalim-adil.
Disebabkan demikian, kita boleh menemui pemimpin yang adil di kalangan umat Islam dan bukan Islam.
Disebabkan demikian juga, kita mendapati ada juga orang Kafir yang adil walaupun tidak menganut Islam; di kalangan masyarat Islam yang adil belaka.
Orang yang adil itu ada yang duduk di dalam Pas dan tidak kerana orang Kafir juga ada yang bersifat adil.
Begitu juga dengan orang yang zalim, sudah tentu ada di dalam Pas kerana orang Muslim juga ada yang berlaku Zalim.
Mungkin sebab itulah lahirnya Muallafatul Qulub atau Orang Kafir yang hatinya dan tindakannya dah dekat dengan Islam wujud dalam kamus kehidupan Umat Islam secara bernegara.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kewajaran Kafir yang Adil ini, elok dirujuk dalam Fiqh Zakat oleh al-Imam Sheikh Dr. Yusof bin Abdullah al-Qaradhowi.
Kalau tidak salah dogma ini, mungkin kerana itu jugalah seorang Mujddid Islam, Badi’uzzaman Said Nusri pernah menyinggung, “Aku pergi ke Barat, Aku melihat Islam tanpa penganut…”
Adakah aliran spiritual kita sekarang telah lain, atau kita sebenarnya hidup pada zaman yang salah? – Yang Muslim benar-benar adil dan yang Kafir benar-benar zalim.
Elok kita kembali Hidup pada zaman Nabi, baru berhak kita berkata begini dan begini.
Elok juga kalau kita tidak terlalu mementingkan kedudukan asobiyyah Melayu yang selama ini diperjuangkan oleh Umno, kerana itu pun tidak ada paza zaman Nabi.
Kalau ada yang mahu berlaku zalim, elok dilihat sebagai Muslim yang zalim, kerana mudah untuk kita menolak mereka ini dalam Muktamar kita akan datang kelak.
“KEFAHAMAN MENGASAK PERUBAHAN”
Zainulfaqar Yaacob
PTS Batu Caves | 3.49 petang
PTS Batu Caves | 3.49 petang