WELCOME :: MAIN MENU MOVED TO THE BOTTOM OF THIS BLOG

SEARCH THIS BLOG

Monday, January 25, 2010

New Minister - New Label.



20 schools accorded ‘high performance’ status (dalam bahasa di bawah)


Malaysian Insider : PUTRAJAYA, Jan 25 — Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin (picture) today announced that 20 schools — 14 secondary and six primary — had been accorded the status of high performance schools (SBTs).

Muhyiddin, who is also Education Minister, said of the 14 secondary schools, 10 are fully residential schools and the rest day schools.

“These schools were chosen from among schools that showed outstanding performance in the field of academia, co-curriculum and niche areas.

“The schools will be guided and monitored closely to ensure they continue to attain even higher levels of performance,” he told reporters at his office here today.

The 10 fully residential schools are
1. Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru),
2. Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban),
3. Malay College Kuala Kangsar,
4. Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya),
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra).
6. Kolej Tunku Kurshiah (Seremban),
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang),
8. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis),
9. Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya) and
10. SMS Muzaffar Syah (Melaka).

The four day schools are
1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya),
2. SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur),
3. SMK Sultanah Asma (Alor Setar) and
4. SMK (P) St George (Penang).

The six primary schools are
1. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL),
2. SK Taman Tun Dr Ismail 1 (KL),
3. SK Bukit Damansara (KL),
4. SK Zainab (2) (Kota Bharu),
5. SK Convent Kota (Taiping),
6. SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru).

At the same time, Muhyiddin stressed that SBTs are not elite schools which benefited only a limited number of students. Instead, he said each school in the country had the same opportunity and a level playing field to be recognised as SBTs.

“Any school that meets the targets of excellence and criteria set (by the Education Ministry) will be recognised as a SBTs and get the same privileges,” he said.

Muhyiddin said the ministry targeted to have 30 SBTs by next year and 50 in 2012. He said the rationale in having SBTs was to raise the quality of the best schools in the country to be world class, produce outstanding students and narrow the gap between schools within the system.

He said SBTs would be given additional autonomy to pursue innovation in school management and raise the productivity of students.

As for curriculum, he said, it would be flexible in terms of teaching and learning as well as syllabi for compulsory and elective subjects, conforming to public examinations and use of the national language as the medium of instruction or multiple languages.

Beside these, Muhyiddin said the schools concerned were also given leeway in fixing the minimum periods for subjects, extending schooling hours and allowing students to complete their studies a year earlier, just like the express promotion system that was introduced previously.

In terms of budget ownership, he said a lump sum grant will be channelled to the schools at the beginning of each year and that they would have the full flexibility to spend as needed and are exempted from the ministry’s centralised procurement system.

“Every school has its own budget, but with this status, they will be given additional funds and they can use the money as needed,” he said, adding that the grant may be less than RM1 million but have not been fixed yet as this depended on the size of the SBT.

He also said management of staff at these schools would be based on meritocracy and not seniority, besides flexibility given for the paying of overtime and performance incentives.

“There will also be flexibility to re-assign under performing staff and delegation of functions based on academic and non-academic reasons,” he said.

Muhyiddin said the SBTs will be appraised yearly based on their annual reports with the appropriate performance indicators and inspections by the ministry’s officers in accordance to the revised Malaysian Education Quality Standard.

In relation to this, he said the SBTs would have to fullfil six criterias — attain academic excellence, produce outstanding students, win awards at the national and international level, community work and networking with other schools and higher learning institutions, both locally and internationally.

One of the roles the SBTs would have to play was having their teachers to act as mentors to teachers in other schools through the “immersion” programme involving principals, headmasters and teachers, he said.

Towards maintaing their status as SBTs, he said their strategic plans, management structure, academic and co-curriculum programmes should serve as benchmarks for other schools, locally and abroad.

Muhyiddin said that schools in rural areas could also be selected as SBTs if they fulfill the criterias set.

“I know not all the 10,000 schools (in the country) can reach this status, but irrespective of whether they are urban or rural schools, they stand an equal chance to be accorded SBT status.

“But if the (rural) schools are constrained because they do not have the same facilities as their urban counterparts, we will speed up action to narrow the gap,” he said. 

14 sekolah menengah, enam sekolah rendah diumum sekolah berprestasi tinggi.

 PUTRAJAYA, 25 Jan — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang terdiri daripada 14 sekolah menengah dan enam sekolah rendah di seluruh negara.
 
Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata daripada 14 sekolah menengah, 10 adalah sekolah berasrama penuh manakala bakinya sekolah menengah harian.
“Sekolah ini dipilih dari kalangan sekolah-sekolah yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan bidang kebitaraan masing-masing.

“SBT akan dibimbing dan dipantau secara khusus untuk menjamin berlaku lonjakan prestasi sekolah secara berterusan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Sepuluh sekolah berasrama penuh ialah 
1.  Sekolah Tun Fatimah (Johor Baharu), 
2.  Sekolah Dato' Abdul Razak (Seremban), 
3.  Kolej Melayu Kuala Kangsar, 
4.  Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya), 
5.  Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra).
6.  Kolej Tunku Kurshiah (Seremban), 
7.  Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang), 
8.  Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis), 
9.  Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya) dan 
10.SMS Muzaffar Syah (Melaka). 

Manakala empat sekolah menengah harian ialah 
1.  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya), 
2.  SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur), 
3.  SMK Sultanah Asma (Alor Setar) dan 
4.  SMK (P) St. George (Pulau Pinang). 

Enam sekolah rendah pula ialah 
1.  Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL), 
2.  SK Taman Tun Dr Ismail 1 (KL), 
3.  SK Bukit Damansara (KL), 
4.  SK Zainab (2) (Kota Baharu), 
5.  SK Convent Kota (Taiping), 
6.  SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Baharu).

Muhyiddin berkata SBT bukanlah sekolah elit yang akan memberi manfaat kepada hanya sebilangan kecil pelajar, sebaliknya setiap sekolah di negara ini mempunyai peluang yang sama dan boleh bersaing di “padang yang sama rata” untuk diiktiraf sebagai SBT.

“Mana-mana sekolah yang mencapai sasaran kecemerlangan dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan akan diiktiraf sebagai SBT dan mendapat kemudahan serta ganjaran yang sama,” katanya.

Muhyiddin berkata kementerian mensasarkan 30 SBT pada tahun depan dan jumlah itu akan meningkat kepada 50 pada tahun 2012.

Beliau berkata rasional pengiktirafan itu dibuat bagi mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik ke taraf dunia, menghasilkan pelajar yang cemerlang dan merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem.
SBT akan diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid, katanya.

Beliau berkata dari segi kurikulum, ia fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi mata pelajaran wajib dan elektif, mematuhi peperiksaan awam dan menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa.
Selain itu, katanya sekolah berkenaan diberi kelonggaran dalam menetapkan waktu pengajaran minima mata pelajaran, memanjangkan waktu persekolahan dan membenarkan murid menamatkan tempoh persekolahan setahun lebih awal iaitu seperti kelas lompat yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Muhyiddin berkata dari segi pemilikan bajet, kewangan disalur melalui geran secara sekaligus pada awal tahun persekolahan, fleksibiliti penuh untuk pengagihan kewangan mengikut keperluan dan pengecualian daripada perolehan secara berpusat.

“Setiap sekolah mempunyai bajet mereka sendiri, tetapi dengan status ini, mereka diberi peruntukan tambahan dan mereka boleh menggunakannya untuk apa sahaja yang mereka rasa perlu,” katanya.

Beliau berkata pengurusan staf adalah berdasarkan prestasi iaitu pengambilan staf tidak berdasarkan kekananan tetapi prestasi pencapaian, kelonggaran dalam menyediakan lebih bayaran (bayaran lebih masa) dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.

“Selain itu, kelonggaran untuk memindahkan staf sekiranya prestasi kurang memuaskan dan pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik,” katanya.

Beliau berkata laporan tahunan berdasarkan petunjuk keberhasilan setiap sekolah dan pemeriksaan sekolah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang telah diubahsuai.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata SBT perlu memenuhi enam kriteria yang ditetapkan iaitu pencapaian akdemik yang cemerlang, melahirkan personaliti unggul, merangkul anugerah Kebangsaan dan Antarabangsa, mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.

“Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah-sekolah tempatan dan antarabangsa serta menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah di dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata antara peranan yang perlu dimainkan oleh SBT sebagai sumbangan kepada sekolah lain ialah guru-guru SBT menjadi mentor kepada guru di sekolah lain, melalui program “immersion” membabitkan pengetua, guru besar dan guru.

Bagi pembangunan berterusan sebagai status SBT, sekolah terbabit antara lain perlu meningkatkan pelan strategik, pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan serta menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah lain dari dalam dan luar negara.

Muhyiddin berkata sekolah dari pedalaman dan luar bandar juga boleh dipilih sebagai SBT jika ia memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Saya tahu tidak mungkin semua 10,000 sekolah (di seluruh negara) akan naik ke tahap itu, tetapi tidak kira sekolah bandar, luar bandar dan pedalaman jika mereka boleh memenuhi kriteria yang ditetapkan akan direkod sebagai SBT.

“Tetapi jika sekolah luar bandar dan pedalaman ada kekangan kerana kemudahan belum setara dan setanding, jangka panjangnya kita akan terus perbaiki,” katanya.