WELCOME :: MAIN MENU MOVED TO THE BOTTOM OF THIS BLOG

SEARCH THIS BLOG

Sunday, October 30, 2022

Ini kali! Che Det & Mukhriz main parti & NGO?

 

Hamid Bador calon GTA di Parlimen Rembau?

Seremban: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hampir pasti bakal diumumkan sebagai calon mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) untuk bertanding di kerusi Parlimen Rembau, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Meskipun belum dapat disahkan secara rasmi, Timbalan Pengerusi GTA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, meminta penyokong dan ahli parti menunggu sehingga 2 November ini.

Beliau berkata, pihaknya akui Abdul Hamid seorang yang sangat profesional dan kewibawaannya tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak.

"Malah, hubungan Tan Sri (Abdul Hamid) dengan ayahanda Tun (Tun Dr Mahathir Mohamad) sangat rapat.

"Jadi, sememangnya kita sudah meminta Tun bercakap dengan beliau (mengenai kedudukan sebagai calon PRU), jadi kita serahkan kepada Tun menentukan dalam perkara ini (calon).

"Setakat ini Tun ada berhubung dengan beliau dan kalau jadi beliau sebagai calon, saya fikir berpotensi menjadi 'giant killer'. Apa pun kita tunggu dan lihat," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas berakhir Himpunan Gerakan Tanah Air Negeri Sembilan Bersama Negarawan di Dewan SECC Senawang, di sini, malam ini.

Sebelum ini, timbul desas desus bahawa Abdul Hamid akan bertanding pada pilihan raya kali ini selaku wakil GTA di kerusi Parlimen Rembau.

Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail, mengesahkan nama Abdul Hamid termasuk dalam senarai yang dicadangkan sebagai calon gabungan itu untuk bertanding di Parlimen Rembau.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) berkata, GTA akan mengadakan sesi pengenalan calon PRU-15 pada 2 November ini.

Beliau juga berkata, GTA belum memuktamadkan untuk meletakkan calon di semua lapan kerusi Parlimen di Negeri Sembilan.

Namun pihaknya yakin gabungan berkenaan dapat menambat hati pengundi di negeri terbabit berdasarkan perubahan yang berlaku dengan sebahagian besar mereka dilihat sudah bosan dengan suasana politik selama dua tahun ini.

"Kita lihat ada satu kecenderungan kepada suasana politik yang baharu terutama di Negeri Sembilan, jadi tiba masanya rakyat diberikan satu pilihan yang baharu.

"Tawaran daripada GTA agak unik dan tidak sama dengan tawaran yang dibuat oleh gabungan lain sedia ada iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

"Dengan kehadiran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama GTA, ia seolah-olah suara rakyat dalam kerajaan, jadi itu yang kita tawarkan," katanya. – Hmetro

Komentari : Che Det ada budaya main Parti lebih-lebihan  (bukan main politik) manifesto beliau kerap ada agenda tersembunyi?? Bila dengan Manifesto pun beliau boleh "goreng" rakyat? Setelah dapat kuasa barulah beliau menunjukkan belang, yang beliau adalah seorang ahli politik beraliran kanan, biar pun  manifesto asalnya beraliran kiri, boleh di ketepikan secara cakap-cakap politik? - bapa pengewastaan , pandangkan ke Timur (di baca Jepun , downline America dan dengan itu ikuti America)?




Ucapan di UNGA sewaktu PM ke 7