WELCOME :: MAIN MENU MOVED TO THE BOTTOM OF THIS BLOG

SEARCH THIS BLOG

Tuesday, March 9, 2010

Anwar kalah, Muhyidin kecut teloq.

Mar 8th, 2010    |   Perakexpress 

Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan bahawa tindakan Mahathir menyingkir Anwar dari jawatan Perdana Menteri adalah sah. Perdana Menteri mempunyai hak untuk melantik atau menyingkir sesiapa saja kerana yang Di Pertuan Agong tidak mempunyai hak tersebut mengikut Perlembagaan.

Anwar Ibrahim’s dismissal as deputy premier and finance minister on Sept 2, 1998 was lawful, as the prime minister has absolute power to appoint or revoke the appointment of its minister, the Federal Court unanimously ruled this morning.

“If the Prime Minister has decided that a particular minister should cease from holding the office, the Yang diPertuan Agong would not be able to say otherwise as a constitutional monarch,” said Alauddin, adding that under the Federal Constitutional, the King’s function was purely ceremonial.

Mampuih la Muhyidin lepas ni. Baru-baru ni, dia melancarkan blog sendiri, my-malaysia.com.my. Tak sampai sebulan, blognya kena hack sebab dianggap cuba melawan populariti Najib. Lepas tu, Muhyidin terus diam..tak berani bersuara.

Sekarang, Mahkamah rayuan memberikan kuasa sepenuhnya kepada Najib untuk melantik atau menyingkir sapa saja yang dia mahu.

Keputusan hari ini bertentangan dengan keputusan yang dibuat ketika kes Nizar dulu dimana Mahkamah memutuskan bahawa Sultan mempunyai hak untuk melantik atau menyingkir Menteri Besar.

Keputusan Mahkamah yang lalu juga menyebut bahawa Agong mempunyai hak untuk menyingkir Perdana Menteri, tetapi dalam kes Anwar…keputusan mahkamah sudah terbalik.

Inilah mahkamah Malaysia. Semua keputusan hanya memihak kepada Umno / Barisan Nasional.