Hafiz Yatim | Mac 12, 100 - Setelah perbicaraan lebih dua tahun setengah, bekas pemimpin ketiga tertinggi dalam pasukan polis diraja Malaysia, Datuk Ramli Yusuff dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini tanpa dipanggil membela diri berhubung dakwaan tiga kes kegagalan mengisytiharkan asetnya.
Hakim M Gunalan membuat keputuusan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah gagal membuktikan kes prima facie ke atas Ramli.
Dia juga merupakan pegawai tertinggi polis yang pernah didakwa SPRM setakat ini.
Sebanyak 35 saksi pendakwaan memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu termasuk dua adik Ramli, Roslina dan Rohmah.
Rakan Ramli, Datuk Ling Keak Ming, yang membantu dua adik perempuan bekas pegawai kanan polis itu memperoleh dua lot kedai di Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur turut memberikan keterangan.
Ramli, 57, dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan 20,000 unit saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 unit saham Permaju Industries Berhad dan kepentingan dalam dua lot pejabat itu bernilai RM1,032,840.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Timbalan Pendakwa Raya BPR di Putrajaya pada 17 Sept, 2007.

Kegiatan kongsi gelap dan kegiatan 'bawah tanah' itu dikaitkan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika ini, yang kemudiannya dikenakan perintah tahanan terhad oleh jabatan Rahim.
Berikutan tindakan itu, Pejabat Peguam Negara enggan mengeluarkan affidavit untuk permohonan habeas corpus untuk Goh dan Ramli dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom terpaksa mengupah peguam Rosli Dahlan untuk berbuat demikian.
Ramli memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau hampir kehilangan segala-galanya termasuk kerjaya dan reputasinya.
"Saya tidak menerima gaji atau pencen sejak 2008. Saya perlu bina semula kehidupan saya.
"Saya kasihankan anak perempuan saya, adik-adik saya dan bapa saya kerana terpaksa turut melalui tempoh yang sukar ini," kata Ramli yang telah membuka sebuah firma guaman.
Ketua Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa memberitahu pemberita bahawa pihak pendakwaan akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.